Sabtu, 7 April 2012

pilu dan sedih ....

salam semua...
malam ni nye entri khas ajar buat untuk haiwan bernama kucing...
ini disebabkan ajar baru mengalami tragedi kucing dilanggar....

Sayu dan pilu hati ajar bila tengok kucing tu bergerak-gerak seperti meminta tolong dan belas kasihan pada orang yang lalu lalang kat situ....tapi apa kan daya ajar tak dapat menolong dan memberi bantuan kerana keadaan kereta yang laju dan sesak....

Mana pergi keprihatinan kita sebagai manusia .....bila waktu malam ajar lalu semula dengan en.hasben ,ajar tengok dah leper...sayu sangat hati ajar ..kalaulah siang tadi ajar dapat alihkan ketepi mungkin dia tak kan mati macam tu....

kalau kat kedai kesian sangat yang sepak nya lain ...yang simbah air panas pun ada...kalau kucing tu ada pasti dia sihat dan comel macam ni....


Sepanjang perjalanan masa nak balik kampung arini ,ajar dah jumpa lebih dari dua yang mati kemalangan...semuanya melibatkan anak-anak kucen....sedihnya lah...ada yang lebih menyedihkan bila melihat tuannya menangis ...seorang budak kecil yang meminta kucingnya bangun...

Sayu si Ibu memujuk anak dia balik , namun si Anak katanya tak mahu masuk selagi kucingnya tak siap ditanam oleh ayahnya...

Renung-renungkanlah...kalau seorang kanak-kanak yang masih kecil faham erti kasih dan sayang ...ini kan pula kita yang dewasa yang sudah mampu membezakan yang baik dan benar....

maka berfikirlah sesuatu sebelum melakukan perkara yang jarang kita dengar,lihat dan lain-lain lagi....


Sekian, terima kasih

salam 1 Malaysia...

=)

Tiada ulasan: